Simplification
It Was Begin Here :)
Follow Novel Ini ♥
Dashboard
Novel Novelist Buddies Lastly

Takdir Kita - Part 6
Sunday, 22 September 2013 | 22:20 | 0 Komen? or Idea?

Sebaik sahaja selesai solat subuh , aku dan Ammar bersiap siap untuk membantu apa yang patut sebelum kami beredar. Kata Ammar kami perlu keluar awal takut nanti lagi malam. Mungkin kami perlu bertanya kepada Amran kalau kalau kawasan sini terdapat alat telekomunikasi yang boleh menghubungkan kami dengan yang lain.

Kami mengaturkan langkah untuk ke khemah yang berdekatan dengan rumah Amran. Tercari cari jugak kami kelibat si Amran , tapi tidak kelihatan. Kemana dia ye? Sibuk barangkali membantu jiran tertangga. Mungkin? Duga aku. Yang si Ammar ni dah kemana lesap dahni? Takkan nak tinggalkan aku sorang sorang dekat sini. Tak beragak langsung mamat ni.

"Assalamualaikum anak ni mesti Cik Arrina yang si Amran cerita pagi tadi ye?" sapa seorang makcik yang usianya boleh aku teka agak agak sebaya mama mungkin. mungkin dia mak Amran. "Ya makcik , saya Arrina. Kawan yang Amran jumpa semalam dalam hutan."

"Oh yelah tu , makcik ni mak Amran. Makcik mintak maaf ye Cik Arrina . semalam masa Cik datang makcik takda di rumah. sibuk menyiapkan kenduri di sini. dah memang adat kalau ada kenduri orang kampung tak tidur malam. lagi pon kami semua memang satu keluarga. Semalam masa makcik balik rumah , kamu dah pon tidur. Tak jadi makcik mengejutnya" terang mak si Amran. Bukan main panjang lagi penerangannya kepada aku.

"Oh makcik takpayah lah panggil saya Cik. Panggil Arrina je , maaf ye makcik. Saya dan kawan saya dah menyusahkan makcik sekeluarga." 

"Eh takda susah nya , Amran ada cerita dekat makcik yang kamu berdua sesat dalam hutan ye semalam. Hm kawasan ni kalau tak tahu selok belok memang senang nak sesat. Takpa dah siap semua kerja ni , nanti Amran tolong kamu nak keluar dari sini."

"Terima kasih makcik , sementara tu ada apa apa yang boleh saya bantu makcik?" dah alang alang aku duduk berdiri dekat sini , lebih baik aku tolong mak si Amran.

"Rajinnya kamu ni Arrina , panggil makcik Ummi Sarah je nak. Makcik dah anggap kamu macam anak makcik dah. Lagipun Amran je anak makcik. Tolong ni hah lap lap pinggan lepastu letak dekat atas meja sana. Boleh?" 

Ya Allah , sudah lah dia sekeluarga dah membantu aku. Disuruhnya panggil Ummi. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan orang orang baik. "Ummi Sarah? Baiklah Ummi kalau itu permintaan Ummi. Arrina tak kisah, terima kasih Ummi" lantas aku memeluk wanita yang baru sahaja bergelar ummi aku.

Sedang aku leka memngelap pinggan , tiba tiba aku teringat akan Ammar. Kemana dia ? Sebaik sahaja keluar solat subuh tadi, dia lesap macam tu sahaja . Tak mungkin dia tinggalkan aku di sini. Hm puas juga mata ini meninjau ninjau takut takut ada nampak nya , mana pulak Ammar ni? Bayang pon aku tak nampak dahni.Keluh aku

"Awak nah breakfast. Awak mesti tak makan dari tadi kan ? Ni ada roti dengan kuih sikit. makan lah sikit karang masuk angin perut awak nanti. Meh saya tolong awak lapkan pinggan ni." Hulur Ammar kepada aku pinggan yang mengandungi roti dan kuih.

Aipp romantik jugak si Ammar ni , dah kena sampuk ke apa . Tiba tiba nak baik baik dengan aku. Jangan jangan ada yang dia nak la ni. Eh tak baik aku serkap jarang. Orang dah baik nak menolong, apa salahnya. Ammar ammar kalau ye pon nak bersweet takpayah lah macam ni. Hai hati jangan kau lembut sudah. Aku masih perlu menguji dia lagi.

"Hai orang bagi makan pon berangan. awak ni memang kuat berangan lah Arrina. Hm nak jadi minah jenin ke? Hahah makan cepat sikit eh , kejap lagi kita kena gerak keluar dari sini. kalau lambat takut hari makin gelap"

"Hmm yelah." Aduhh baru nak feeling sikit , dah potong line si senget ni. Huh. Apalah nasib badan.

Sebaik sahaja aku dan Ammar masuk ke dalam rumah untuk mengemas barang dan mempersiapkan diri. Tiba tiba Amran datang mengetuk pintu bilik aku dan Ammar.

"Maafkan saya , kita ada masalah" Terang Amran kepada kami berdua.

Ya Allah ujian apakah untuk aku ni , masalah apakah yang akan menimpa kami berdua. Aku percaya mesti ada hikmah di sebalik semua ni. Moga aku diberi kekuatan oleh Mu Ya Allah.

"Masalah apa Amran ?" tanya Ammar. Nada suara yang gelisah telah terpancar di wajah Ammar. Dia jugak kelihatan resah. Aduh Amran ni kalau nak cakap straight jelah. Takpayah nak buat saspens orang.

"Bertenang Arrina dan Ammar. Saya tengok langit ini menunjukkan tanda tidak baik. Mungkin hujan lebat akan turun. Dan ia akan menganggu perjalanan kita nanti."terang Amran dengan tenang sekali.

Ya Allah. Gulp. Aku tak dapat balik lagi? Pasti ibu dengan ayah risau. Aku tak mahu susahkan mereka. Ya Allah kau tenangkan hati kedua ibu bapa ku. Jangan kau gundah gelana kan hati mereka memikirkan diri ku ini.

"Arrina , awak jangan risau. Saya yakin kita boleh keluar dari sini. Kita masih berkesempatan untuk menemui keluarga kita. Please , awak kena kuat dan tabah eh. Kita sama sama berani menempuhi ujian ini." penuh prihatin Ammar memberi semangat kepada aku. Haih Ammar , kau buat hati aku gundah gelana saat ini. Aku pantang betul orang caring caring semacam ni.

"Terima kasih Ammar. Saya cuma takut je , yelah ni hutan kan. Jauh sangat dari keluarga. Saya rindukan keluarga saya. Ibu ayah mesti risau." hampir menitis air mata aku. Ya aku rindukan keluarga aku. Takut takut aku tak berkesempatan. 

"Jangan cakap macam tu . Saya akan bantu kamu berdua untuk keluar dari sini. Masih ada jalan keluar untuk kamu berdua. Jangan risau. Tapi jauh sedikit dari sini lah." kata Amran kepada mereka berdua. Dia jugak tak berapa pasti yang mereka mampu meredah cuaca yang kelihatan agak gelap. Mungkin hujan lebat akan turun. Tapi Amran tidak sampai hati melihat kitaorang yang sangat susah hati.

Perjalanan kami bermula sebaik sahaja segala persiapan untuk pulang sudah siap. Dengan lafaz Bismillah serta doa aku pinta kepada yang Maha Esa moga moga perjalanan kami di bawah lindungan Nya. Setelah meminta izin dari penduduk perkampungan orang asli kami terus pergi. Ummi Sarah meminta aku untuk datang lagi. In Sha Allah aku pasti akan kembali lagi ke sini. Mereka sudah seperti keluarga aku dah, terlalu banyak pertolongan mereka buat aku.

Kami terpaksa meredah bukit belukar. Agak curam jugak kawasan di sini , entah kenapa di saat ini Ammar sedia membantu aku sekiranya aku mengalami kesukaran dalam meredah kawasan berlukar disini. Haih hati jangan kau tergoda dengan kebaikan yang dia lakukan kelak kau yang parah nanti. Sejak bila entah dia bertukar karakter ni pon aku taktahu lah.

Sesampai sahaja kami di kawasan air terjun , hujan  renyai renyai  turun untuk membasahi bumi. Keadaan agak curam dan licin menyebabkan agak sukar untuk kami bergerak. Kata Amran kami terpaksa meredah juga sungai ini kerana tiada jalan lain untuk sampai ke bahagian bantuan. Nak taknak kami terpaksa akur. Pada mulanya Amran yang mendahului . Tiada apa yang berlaku sewaktu Amran menuruni curam itu seterusnya giliran aku untuk menuruni , hanya tuhan sahaja tahu dengan hujan yang hanya rintik rintik membuatkan aku lagi berdebar. Sebaik sahaja aku menuruni curam itu entah macam mana kaki ku tersangkut pada ranting kayu yang berdekatan menyebabkan aku tergilincir dan hampir terhantuk dekat dahan kayu. Sepantas kilat tangan ku di sambut oleh Ammar yang berada di belakang ku, genggaman erat yang diberikan membuatkan aku berjaya berpaut pada Ammar.

Keadaan yang sama sekali tidak pernah ku duga apabila curam yang semakin licin membuatkan kami berdua tergelincir bersama dan menyebabkan badanku menghempap Ammar.Gulp ! Wajah kami yang agak hampir menyebabkan aku mampu mendengar deruan nafasnya seolah olah menujukkan bahawa apa yang hati ku rasa dia turut rasa perasaan yang sama. Bedebar ! Ya perasaan itu yang membuatkan jantungku berdegup kencang. Kalau boleh terkeluar aku rasa dah terkeluar dah si jantung ni. Hebat sangat penangannya.

Sebaik sahaja kami cuba untuk bangun , entah macam mana aku berkali kali jatuh ke arahnya , sehingga lah Amran datang membantu kami. Aku di bantu oleh Amran untuk bangun , seterusnya Amran turut membantu Ammar. Tiba tiba Ammar melangkah kaki nya menghampiri aku , makin lama makin dekat dan terus dekat tiba tiba.......


bersambung.....

Pen Off , Ain Omanah.






Older Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Ain Omanah
Best View in Google Chrome