Simplification
It Was Begin Here :)
Follow Novel Ini ♥
Dashboard
Novel Novelist Buddies Lastly

Takdir Kita- Part 2
Monday, 6 May 2013 | 03:56 | 0 Komen? or Idea?

Ammar hanya meminta maaf kepada aku atas kejadian itu tadi. Tidak di sangka cincin yang telah di persiapakan untuk malam ini boleh tercicir. 

"Ammar , I nak pergi ladies kejap ye. Kita balik eh lepas ni dah lama sangat ni, kejap lagi apa pulak kata housmate I" meminta izin kepada Ammar untuk ke tandas sebentar. Hendak membetulkan tudung yang aku rasa dah agak senget.

"Ohh okay. Nanti jumpa you kat depan tempat kita turun tadi lah. I nak settle kan bill ni dulu okay " 

Sementara menunggu pembayaran nya selesai , Ammar serabut memikirkan kemana agaknya cincin yang ingin dia melamar Arrina. Ahh mana aku letak ye. Hati keciknya berkata.Sedang ralit memikirkan soal cincin tersebut , tiba tiba dia teringat something. Oh man !!! Cincin tu dalam kereta. Yess aku dah ingat. Tadi aku dok sibuk practise sementara tunggu Arrina, mesti jatuh dalam kereta ni.

Usai urusannya selesai. Ammar bergegas menuju ke arah kereta dengan satu tujuan. Dia harus menemui cincin tersebut sebeum Arrin sampai. Ahh tekadnya . Dia harus memastikan yang Arrin harus melihat cinta nya buat wanita itu adalah ikhlas datang dari hati. Bukan main main..

Sewaktu di dalam kereta , Ammar meraba raba tangan nya mencari-cari kalau kalau ada tercicir cincinnya tadi. Tiba tiba di bawah pedal minyak dia terpandangkan sesuatu yang bercahaya. Haa tu dia cincin yang aku cari. Ah kau ni cincin dah kenapa tercicir dekat sini hah? Buat malu aku je tau tadi depan Arrina. Haih tak pasal pasal aku dapat malu.Gerutu Ammar di dalam hati. Entah macam mana kali ini dia boleh cuai.

"Hai , kenapa lahh si Ammar melamar aku ni. Tak cakap apa apa pon. Hmm memang lah sebelum ni dia ada cakap suka aku. Mungkin sebab aku pernah cakap dekat dia aku tak suka couple couple ni so dia terus melamar kot.Patut ke aku terima dia.Mampukah dia bahagiakan aku"kata kata itu hanya aku bisikkan dalam hati.

Tercari cari aku di mana kelibat Ammar. Ohh aku lupa ! Tadi dia cakap dia tunggu dekat depan. Hmm lebih baik aku pergi depan. Mana tahu dia tunggu aku dekat situ. 

Sebaik sahaja aku melalui kawasan lobbi hotel aku mendapati kereta milik Ammar sudah terparking di hadapan tapi di manakah dia. Takkan hilang lagi kot? Tiba -tiba aku terdengar suara orang menyanyi dari arah belakang.Pada mula nya aku fikirkan ada event apa apa ke dekat hotel ni. Sebaik sahaja aku menoleh, amik kau Ammar tengah menyanyi entah macam mana dia ada dekat situ aku tak perasan. Yang pasti dia sedang berjalan ke arah ku sambil mulutnya sedang menyanyi lagu You yang di popularkan oleh Jannah Alia.

You were there to light my day 
you were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can i forget all that 
where you're the one
who make me smile
You'll always be a part of me
How i wish you were still mine

Never will forget the day
How we've meet and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here

I know it's me who said goodbye
And that the hardest thing to do 
Cause you mean so much to me
And guide the truth from me to you.

For all the things i've done and said
For all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i mean to do

"Bismillahirahmanirahim , Qarrina Amira binti Alias , sudikah awak mendampingi saya sehingga akhir hayat saya ? Bersama sama menemani saya di saat saya susah dan senang ?" dengan ikhlas Ammar melutut di hadapan aku. Terlihat sinar keikhlsan di dalam matanya.

Aku hanya menitiskan air mata. Selama ini tidak pernah mana mana lelaki seromantik Ammar dan seikhlas Ammar. Kerana lelaki yang rata rata berkawan dengan aku semua nya hanya nak mempermainkan aku. Hanya untuk suka suka. Tapi Ammar lain , dan aku yakin. Aku boleh belajar mencintai dia. Insyaallah. Mudah mudahan keputusan aku tepat.

"Ammar Zulfairi saya sudi menerima awak sebagai raja di hati saya. Ketua yang akan membimbing saya ke jalan Allah dan saya harap awak mampu menbawa saya dalam mencintai Allah lebih dari segalanya"penuh kejujuran dan ianya datang dari hati. Air mata sesekali aku sekakan. Tidak mahu ia turun lagi. Aku benar benar tersentuh dengan Ammar.

Dalam keadaan dia melutut itu , Ammar mengeluarkan sebentuk cincin yang bertahtakan sebutir permata yang sangat cantik pada pandangan mata aku. Lalu Ammar menayarungkan ke jari aku. Katanya cincin ini tercicir sewaktu dia menunggu aku tadi. Mungkin terlalu nervous. Dan apa yang di lakukan semua tadi hanya spontan.

Malam itu , aku hanya berbaring merenung cincin yang diberikan oleh Ammar. Ahh nama itu yang berlegar legar di kotak fikiranku. Dan malam itu jugak fikiran ku melayang di mana kami kali pertama bertemu.

Malam itu ada Annual Dinner untuk pelajar Junior dan Senior. Setelah hampir dua minggu di sini. Pihak pengurusan mengadakan majlis untuk pelajar junior bersama dengan senior. Objektifnya agar kami saling mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan silaturrahim.


"Ehh aku rasa macam kelakar je kot . Asal kau tak guna nama Amira?  Dengan semua orang kau suruh panggil Arrina. Sekali kitaorang ter ikut" tanya Alia kepada Arrina. Aneh kenapa kawan dia tak mahu menggunakan nama Amira. Sedangkan selama dua tahun dia mengenal gadis itu di bibir mereka hanya nama Amira.

"Alah ni kan alam Universiti. Aku nak tukar identiti lah sikit. Aku taknak guna identiti aku , macam mana korang kenal aku sebelum ni. Aku nak mulakan hidup yang baru. So tak salah kan. Lagi pun nama aku Qarrina Amira tak salah aku guna nama Amira."aku tak mahu aku jadi selemah Amira. Gadis yang terlalu bergantung hidup dengan kawan. Dan lihat lah kawan itu tidak lagi bersama aku. Aku taknak dia ingat aku tak mampu berdiri dengan sendiri nya sekiranya dia tidak ada di sisi aku.

"Hm tak kisah lah Amira ke Arrina , yang penting jom makan. Aku dah lapar sangat ni. Lagipun makanan sedap sedap ni aku tengok so jom ahh. Kang tak dapat pulak karang."Fatin menghentikan perbualan kami. 

Agak ramai jugak yang hadir , majlis itu diserikan jugak dengan persembahan antara pelajar junior dan senior. Kata pengerusi majlis ini , sempena memperkenalkan senior kepada kami junior yang baru masuk. Bagus jugak majlis seperti ini di adakan. sekurang kurangnya boleh menambah rakan rakan baru. Memandangkan kami pelajar baru.

"Ehh korang tahu tak , orang cakap senior senior yang ada dekat U ni handsome handsome kot. Korang berdua tak nak try usha usha ke ?" tanya Alia sewaktu kami sedang beratur mengambil makanan. Makanan yang di sediakan malam ni ala ala buffet.Jadi terpaksa lah line up untuk mengambil makanan.

"Haish kau ni merepek apa Alia , kita datang kan nak belajar bukan nak cari boyfriend.Padahal dalam hati ada jugak mata melilau lilau mencari mana mana yang sedap mata memandang"aku menguakan pendapat aku.

"Alah Lia , orang tu cakap je karang dia yang sangkut dulu. Macam kita tak kenal dia kan. Alah lagipun Arrina ni ramai je yang minat  dia tapi jual mahal. Ingat tak dekat maktab dulu , orang nak tackle dia jual mahal je. Alaah dah hati dekat Rifq tak pandang yang lain dah kan"tambah Fatin.

"Ehh korang ni , merepek okay. Dahlah tersedak karang Rifq dengar korang asyik sebut nama dia."

Entah macam mana aku tak boleh terperasan yang dessert koktail yang aku masukkan ke dalam mangkuk boleh terjatuh tumpah ke atas lantai. Hmm cuai betol aku ni. Tulah leka sangat berborak.

"Apasal tangan kau bocor ke Arrin sampai tumpah koktail kau. Hm kitaorang tunggu dekat depan sikit eh. Karang susah orang lain nak beratur."ujar Fatin.

Haih kenapa lah dengan aku. Mungkin aku tak focus sebaik mendengar nama Rifqin. Sedar tak sedar koktail yang aku baru sahaja gantikan itu telah hampir penuh. Sewaktu aku mencari kelibat Alia dan Fatin melilau lilau jugak mata aku mencari mereka. Entah di mana silap aku , kaki aku tersadung di kaki meja yang ada di situ sehingga koktail yang di pegang di tangan aku tertumpah di baju seseorang. Mati aku!

"Err maafkan saya. Saya tahu salah saya. Saya tak tengok orang tadi. Saya betul betul minta maaf" dengan suara ketar ketar aku memohon maaf kepada lelaki yang berada di hadapan aku ini. 

"Hoi , kau letak mata kau kat mana hah ? Lain kali jalan pakai mata , bukan pakai lutut. Dah tu habis kotor baju aku. Kau ni menyusahkan aku jelah. " marah lelaki yang berada di hadapan aku. Mata hazel serta rambutnya yang gaya agak agak terpacak macam landak menyerlah ketampanan wajahnya yang putih. Handsome tapi sombong.Getus hati aku.

"Err saya mintak maaf , saya betul betul tak nampak. Awak marahkan saya ke ? Kan saya dah mintak maaf. Habis tu awak nak saya buat apa asal awak maafkan saya ni ?" aku betul betul takut menatap wajahnya yang bengis itu.

"Kau ni budak baru ehh ? Junior kan ? Aku tak pernah nampak pon sebelum ni.Boleh tak kau cakap pelahan lahan. Ni tak laju macam kereta api.Takda fullstop koma je ."gumam lelaki itu.

"Saya memang macam tu kalau bercakap. Dan awak tu tak da hak nak tegur cara percakapan saya."kerek pulak mamat ni. Tadi bukan main marah aku , lepas tu nak tegur cara aku cakap laju,. Suka hati lah kesah pulak aku.

"Ahh aku tak kesah kau nak cakap apa . Masalah sekarang kau dah kotorkan baju aku hoi. Kau tahu ke baju ni mahal. Dah lah baru masuk seronok kau je langgar aku. Mana sifat hormat kau pada senior hah ? Dah lah baru masuk dah berani buat hal dengan senior. "balas lelaki itu.

"Ehh kan saya dah mintak maaf. so bergantung kepada tuan punya badan sama ada nak maafkan saya atau pon tak. Janji saya dah mintak maaf. Sila ketepi saya nak lalu. Or awak nak mandi lagi sekali ?" entah mana sifat berani itu datang.

"Kurang ajar punya budak. Haih ni yang buat aku panas ni. Selambar je dia belah macam tu. Takapa harini aku lepaskan kau. Kau tunggu lah esok esok. Mati mati aku kenakan kau. Ni Ammar lahh" dengan bengisnya dia meninggalkan tempat itu.

"Woih Arrina kau kemana hah? Lama betul ambik koktail. Kau tolong makcik tu masak eh ? Jap mana koktail kau?" tanya Alia.

"Weh kau tahu tak , tadi aku terlanggar ada sorang mamat ni muka boleh tahan handsome tapi perghh kerek gila ahh. Langgar je pon tertumpah koktail aku. Terus aku tak jadi amik.Aku dah mintak maaf dia mebebel bebel lagi dekat aku. Memang mintak kaki je orang macam tu" dengus aku. Marah betul dengan lelaki itu. Tak ingin aku berjumpa dengannya lagi.

"Ehh yeke , dia okay tak ? Kau sempat tanya nama dia ke ? No telefon ada?" tanya Fatin , suaranya macam berminat pulak dengan mamat landak tu. Yes nama dia aku nak panggil Mamat landak sebab rambut terpacak pacak.

"Eh kau ni kenapa Atin tanya macam tu kat Arrina , dia tengah bengang kau tanya pasal mamat tu pulak. Hm kau okay tak ni ?" ujar Alia 

"Aku okay je , cuma tak puas hati je. Alah lantak lah dia . Janji aku dah mintak maaf. Malas ahh pikir mamat rambut landak tu. So lambat lagi ke majlis ni habis ? Aku dah takda mood kot. " aku betul betul takda mood. 

"Hmm entah macam dah bosan je, apa kata kita balik bilik. Kesian kau kot. Dahlah kau rehat kat bilik. Kitaorang temankan kau jom."ajak Fatin , kesian dia melihat muka kawannya yang sudah muncung sedepa. Marah sungguh nampaknya.

Entah macam mana aku boleh terlambat pergi kelas harini. Jam dah menunjukkan pukul 10. Fatin dan Alia dari fakulti Farmasi . Kebetulan kelas mereka hari ini pukul 8 jadi aku hanya tinggal bersendirian oleh sebab kelas aku bermula jam 11. Ahh lawak apa. Aku ada satu jam lagi nak bersiap siap. Hmm kalau lambat habis lah kena marah dengan Puan Shiera. Walaupun usianya masih muda. Tapi dia sangat tegas dalam kuiahnya. Dan pantang betul orang lambat.

Kelam kabut di buatnya . Ahh aku buat apa sampai bangun lambat ni. Ahh mujur dewan fakulti tidak jauh dari asrama. Sewaktu aku hampir sampai ke dewan kuliah, aku lihat kelibat Puan Shiera di hadapan kafe yang menuju ke arah dewan kuliah. Kalau aku laju sedikit mesti aku dapat sampai dulu. Langkah yang aku atur dengan laju membuatkan aku salah percaturan. Aku terlanggar seseoarang yang sedang berjalan dari arah bertentagan dengan aku. Gulp !! Masalah aku datang lagi. Dahlah aku lambat masuk kelas.

"Hoi kau ni buta ke apa ? Sedap rasa je langgar aku hah. Mata letak mana hah? Lutut ?"ujar suara yang aku langgar itu.

Masalah lagi. Kejap kenapa suara dia macam pernah dengar eh ? Tapi kat mana? Dan sebaik sahaja mata kami berdua bertentang mata , Gulp ! Amik kau Arrina . Mamat Landak lah. Dahlah kes semalam aku dengan dia tak settle lagi. 

"Ehh ehh , adik manis lahh. Kau ni memang mata letak kat lutut eh. Semalam pon letak lutut jugak. Aku baru ingat nak maafkan kau kalau terjumpa kau harini. Ehh dah terjumpa kau langgar aku lagi. Memang mata kau ni letak dekat lutut ni."dengan tanpa berlapik sahaja kata kata itu meluncur keluar dari mulutnya. Tidak sama sekali memikirkan adakah kata kata itu akan menyakitkan hati seseorang.

"Awak , saya malas nak gaduh dengan awak lah. Penat nak bertekak. Dah lah saya dah lambat masuk kelas.  Tepi sikit" aku meninggalkan mamat landak dengan keadaan dia yang terpinga pinga. Ah biarkan.

Mujur aku sempat masuk sebelum Puan Shiera masuk.Ehh kejap mana buku aku ? Aduh mana buku aku ni .  Tadi aku rasa aku dah bawak dah. 

"Ehh Jannah , kau nampak tak buku nota aku ? Yang aku selalu buat tulis nota tu ?" tanya aku kepada Jannah yang merupakan rakan kuliah aku. Kami baru sahaja berkenalan. Dan ini kuliah yang ketiga bersama dengan Puan Shiera.

"Tak nampak lah , kau ada tertinggal dekat mana mana kot ? Dah check betol betol ?"ujar Jannah. Entah mana lah si Arrin ni tinggal buku.

"Ehh takda lah. Kau tahu kan , semua nota dalam tu. Aku sayang buku tu.Penting kot. Habis tu harini aku nak buat nota kat mana? Time time ni lah nak hilang. Mungkin tertinggal dekat bilik kot" getus hati ini.

Aku mengambil sebuah buku yang memang aku bawak spare ke mana mana. Terpaksa lah aku menulis di buku ini. Aneh , aku jarang tertinggal buku. Takpa nanti aku cari balik.

Kuliah bersama Puan Shiera selama dua jam banyak jugak info yang aku dapat. Puan Shiera mengajar aku dalam subjek Physcology dalam jurusan Fisioterapi. Hm aku nak ke kafe lah. Lagipula tadi ada mesej masuk dari Fatin dan Alia 

"Ehh Rinn , lambat habis kuliah ? Dah lami kami tunggu ni" ujar Alia.

"Ohh aku ada soalan nak tanya tadi Tu yang aku lambat. Korang tahu tak harini nasib aku malang betul. Bangun lambat lah , terlanggar orang lah. Haish entah skru mana yang tercabut pon aku tak tahu."mengeluh Arrina. Baru sahaja memulakan kuliah yang tak sampai sebulan sudah menguji macam macam.

"Lah yeke . kau langgar sapa ?"sampuk Fatin.

"Alah korang ingat tak mamat semalam aku langgar time Annual Dinner tu. Yang aku tertumpahkan koktail tu."Aku memutarkan balik ingatan aku tentang kejadian semalam.

"Hah ? kau terlanggar dia lagi Arrin ? Jodoh ke apa ? Asyik jumpa dia je kau ni. "sampuk Alia sambil ketawa.

"Dah jangan nak mengusik. Aku nak beli makanan kejap perut aku dah lapar lah. Tunggu kejap eh." lagi layan dua orang ni lagi panas hati aku mengingatkan mamat landak tu.

Sebaik sahaja bangun , tiba tiba ada aku dilanggar oleh seseorang yang seolah olah dia di kejar sesuatu. Muka dia yang terlindung dengan topi membuatkan aku tertanya tanya. Dah lah tak minta maaf . Siapakah dia ?

bersambung........

Pen Off , Ain Omanah.



Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Ain Omanah
Best View in Google Chrome