Takdir Kita-Part 3
Monday, 6 May 2013 | 10:21 | 5 Komen? or Idea?
"Maafkan saya , saya tak sengaja." ujar lelaki yang aku masih tidak dapat melihat wajahnya kerana dilitupi topi Nike yang berwarna merah.
"Ehh takpa salah saya jugak" ujarku . Aku teringin benar nak melihat wajahnya. Entah kenapa ada perasaan ingin tahu.
Saat dia membuka akan topi nya, mata aku seolah olah tidak berkelip. Rifqin ! Ya wajah dia mirip dengan Rifqin. Tak mungkin. Rifqin telah jauh ke England dia mengikuti keluarganya berpindah di sana dan sambung pengajian nya di sana. Tak mungkin di hadapan aku Rayyan Rifqin.
"Hello.... Hello awak okay tak ? Saya baru langgar awak sikit dah tak berkelip mata awak"ujar lelaki yang memiliki wajah seiras Rifqin. Adakah aku merindui lelaki itu sampai wajah orang lain aku nampak bayangannya.
"Err saya okay. Takpa awak tak salah pun. Tak sakit mana pon awak langgar tadi" jawab aku dengan nada yang mendatar. Aku masih terkejut .
"Ohh okay , so saya belanja awak makan tengah hari ni nak ? Yelah takda minta maaf saya dekat awak ? Awak tak kesah kan ?"
"Err takpa lah , saya tak nak susahkan awak terima kasih ye. Saya pergi dulu" aku berlalu pergi. Tapi aku masih tak berpuas hati dengan wajahnya tadi.
"Awak , please jangan tolak permintaan saya ? Saya nak belanja awak iklhas ni. Saya pelajar baru dalam jurusan perubatan.So masih takda kawan. Sudi tak awak nak makan dengan saya?" lelaki itu memohon kepada aku.
"Err tapi saya lunch dengan kawan kawan saya, awak tak kesah ?" jawab aku kasihan pula melihatnya yang ingin makan tengah hari bersama aku.
"Ehh saya tak kisah , boleh saya tambah kawan. Awak pon pelajar baru ke ?" tanya dia.
"Haah pelajar baru , jurusan fisioterapi." jawab aku .
Kami bergerak menuju ke tempat juadah makanan di sediakan di kafe itu , aku membuat keputusan untuk makan nasi campur. Ikan keli goreng berserta sambal.
"Ehh awak pon suka Ikan Keli ke ? Ni kegemaran saya tau " jawab si lelaki.
Ya Allah , Rifqin ! Dia pon suka makan ikan keli. Ahh , aku masih taktahu nama dia sapa. Muka dia pon sekali pandang je macam Rifqin , tapi dia ni ada lesung pipit. Rifq takda.
"Awak memang suka berangan yeh ? Saya macam cakap sorang sorang jeh dari tadi" seloroh lelaki itu.
"Ehh yeke , maaf lah. Saya memang suka ikan keli. Ehh tu meja saya dan kawan kawan saya. Jom lah " ajak ku.
"Ehh Arrin , lama betul amik lauk . Haa sapa pulak mamat sebelah kau ni. Haih baru masuk dah jumpa pakwe baru ke?"soal Alia sebaik melihat lelaki itu.
"Err dia terlanggar aku tadi , so dia nak minta maaf nak ajak aku makan. Aku ajak dia join kita sebab dia pon budak baru macam kita. Takda kawan lagi. So korang takpa kan?" tanya aku kepada dua kawan baik aku ini.
"Saya mintak maaf menganggu awak semua makan. Saya cuma nak berkawan. Ohh lupa nak kenal kan diri. Nama saya Rayqal Rizqin. Panggil apa apa pon boleh , Rizq lah kot lebih mudah kan ?"
Oh nama dia Rizqin dekat pulak dengan Rifqin. Ahh , kebetulan kot.
"Nama saya Alia , ini Fatin ." jawab Alia sibuk memperkenalkan diri Fatin sekali. Macam lah si Fatin takda mulut.
"Ohh hai selamat berkenalan. Ehh lupa nak tanya nama awak apa ?" tanya Rizq
"Ohh haah kita tak berkenalan lagi. Nama saya Qarrina Amira" jawabku dengan mendatar.
"Ohh cantik nama tu Amira. Pandai mak ayah awak bagi nama. Sudah tentu maksudnya jugak bagus kan"
Gulp! Amira? Hanya kawan kawan di sekolah sahaja panggil Amira. Kenapa dia panggil aku Amira ? Dahlah Rifq pon panggil aku Amira. Dia benar benar buat aku ingat terhadap Rifq.
Selesai makan tengah hari , Rizqin memberikan kami no telefon nya kata nya senang kalau nak ajak lunch sama sama . Dah alang alang dia takda kawan.Aku menerima pelawaan dia dengan hati terbuka. Mungkin dia akan jadi kawan baik kami nanti.
"Ehh kau perasan tak Arrin ? Muka Rizq kan macam Rifq sikit kan? Dahlah dia panggil kau Amira" tiba tiba Fatin menyoal kepada aku. Dalam waktu itu aku mahu pulang ke bilik kerana aku sudah tidak ada kelas. Cuma malam nanti ada perbincangan bersama Jannah.Alia dengan Atin sahaja masih ada dua jam lagi kelas.
"Haa aku pon perasan jugak . Tapi aku rasa tu bnda biasa je pon. Allah cipta makhluknya yang seiras iras tu kan ada tujuh. Aku pernah baca artikel tu. So maybe Rizq tu salah seorang nya."terang aku. Ya mungkin.
Allah kurniakan aku sahabat baru yang memiliki wajah seakan akan Rayyan Rifqin . Adakah Rayqal Rizqin pengganti buat aku. Adakah dia yang Allah kirimkan untuk menjaga aku sebagaimana Rifq menjaga aku semenjak kami darjah satu dan Rifq menninggalkan aku kerana mengikut keluarganya ke England. Mungkin Rizq sebagai pengganti. Getus aku sendirian.
Aku , Fatin dan Alia berpisah di hadapan dewan kuliah mereka. Nampaknya terpaksa aku pulang sendirian. Hmm malas nak lepak mana mana . Ohh aku nak cari buku nota aku yang takda tadi. Aku hanya monolog dalaman sahaja.
"Ehh Ammar kau ni kenapa. Muka tu kelat je? Ada apa yang tak kena ?" tanya Firdaus yang merupakan kawan baik Ammar.
"Haah bro , lu kenapa? Tak handsome ah muka kelat macam cuka ni." sampuk Asyraaf pula.
"Aku tak tahu apa masalah aku minggu ni. Semalam lepas kena marah dengan Encik Annuar pasal aku datang lambat latihan bola keranjang tu aku terlanggar sorang minah ni. Dia junior kot. Habis baju aku semalam dia tumpahkan benda manis kot. Dahtu boleh pulak tadi aku terlanggar dia lagi padahal aku nak cepat kot hantar assigmnet Puan Shiera. Dia dah bising bising dah kat aku. Tak pasal pasal assigment aku dia koyakkan weh. Depan mata aku pulak tu" jelas bengang sungguh wajah Ammar.
Panas betul hati Ammar kala itu , entah kenapa dia bengang sangat dengan Puan Shiera. Kalau ye pon marah tak payah lah kejam sangat sampai habis assigment aku musnah dia koyakkan di hadapan aku. Aku nak bertindak kurang ajar je depan dia tadi. Tapi ummi selalu pesan hormat orang lebih tua dari kita. Tapi aku geram sangat. Dan entah macam mana buku nota junior tu ada dalam tangan aku. Mungkin masa jatuh tadi. Ahh padan muka siapa suruh langgar aku. Kalau nak pandai pandai cari aku.
Itu kan kereta Puan Shiera. Tiba tiba idea nakal muncul di ruang minda Ammar. Aku rasa macam nak bagi dia pengajaran sikit lah sebab buat aku macam tu. Suka hati je koyakkan aku punya assigment.Ammar mula mencari sesuatu yang boleh membantu nya untuk menjalankan misi nya itu. Setelah memastikan keadaan okay , dia mula kan misi nya itu.
"Ehh siapa dekat kereta Puan Shiera tu apasal dia macam tertunduk tunduk?" bisik hatiku. Jangan jangan dia ada niat jahat kot.
"Ehh awak buat apa dekat kereta Puan Shiera ni ? " Tekejut aku melihat lelaki itu cuba untuk memancitkan tayar kereta Puan Shiera.
"Ehh kau senyap boleh tak ? Aku ni dah lah bengang dengan Puan Shiera sebab dia koyakkan assigment aku sebab aku lambat hantar okay. Bukan salah aku, pagi tadi aku terlanggar sorang minah ni. Dia yang melambatkan aku." ujar lelaki itu sambil mata nya tekun memancitkan tayar Puan Shiera.
Tiba tiba dia bangun , Gulp !! Dia ? Bukan ke dia minah yang aku langgar pagi tadi? Apa dia buat dekat sini. Mati aku kalau dia bagi tahu Puan Shiera aku yang buat semua ni. Tak pasal pasal aku kena gantung ke apa je hukuman yang Puan nak bagi dekat aku" ujar Ammar dalam hati seraya melihat wajah gadis di hadapan nya.
"Ohh awak lagi ? Awak ni memang takda kerja dah ke buat macam ni hah? Tak baik lah buat macam ni."aku masih lagi terkejut melihat lelaki ini. Asyik jumpa dia saja. Takda orang lain dah ke ?
Dalam masa yang sama tayar sudah selesai di pancitkan. Dan Ammar agak kecut perut melihat kelibat Puan Shiera yang ingin menuju ke arah kereta. Ahh lebih aku menyorok. Kalau dia nampak aku lagi payah kot.
"Ehh saya tak habis cakap dengan awak. Awak nak pergi mana . Heii !!! " Eishh mamat landak sombong. Dah lah buat rosak kereta orang.
Entah macam mana , sedang Ammar ingin lari menyorok kaki nya terlanggar akar pokok yang berhdapan dengan kereta Puan Shiera sehingga dia terjatuh. Auchhhh !! Sakit. "Aduhh macam mana aku boleh jatuh ni. Buat malu sahaja. Dah ah ada awek.
"Ehh awak okay tak ni ? Tulah orang yang buat jahat ni cash cash je Allah bagi balasan."Tiba tiba aku berceramah kepada nya.
"Ehh kaki saya sakit sikit je. Awak tak payah nak sibuk. Dah lah tepi." bingkas Ammar bangun . Tak perlu dia berlama lama di situ.
Ehh Ammar , awak buat apa dekat sini ? Dah siap ke assigment yang saya bagi dekat awak tadi. Ingat tiga hari sahaja saya nak awak siapkan" tiba tiba suara Puan Shiera bertanya kepada Ammar. Entah bila dia muncul aku kurang pasti.
"Saya nak pergi library lah ni Puan. Nak cari bahan. " alah tipu sunat takpa kot.
Haish dia ni suka hati je menipu. Dah buat salah tak nak mengaku.
"Ehh awak pon ada Arrina buat apa dekat sini ?" pelik Puan Shiera kerana Arrina turut berada di situ.
Sewaktu Puan Shiera ke arah pintu kereta nya dia hampir terkejut melihat tayar kereta nya yang kempis. Seolah olah di pancitkan oleh seseorang. Seingat dia, tayar nya tadi baik baik sahaja.
"Ammar lebih baik awak mengaku, apa awak buat dekat sini ? Awak pancitkan tayar kereta saya ke ?"Puan Shiera menuuduh Ammar yang memancitkan tayarnya. Mungkin anak muda itu sakit hati dengan nya.
Mati aku. Nak jawab apa ni. Tulah tak pandai nak buat jahat nak try buat. Salah orang lah Ammar kau buat dekat Puan Shiera. Dahtu nak jawab apa ni. Nak reka alasan apa ni. Dahlah minah kat depan ni dah jadi saksi aku."Ammar hanya ucapakan di dalam hati.
Ehh mamat landak ni. Puan tanya dia , boleh pulak dia diam. Hmm takut mungkin. Tiba tiba aku teringat akan kata katanya , dia lambat kerana terlanggar sorang minah ni. Entah entah aku. Tak pasal pasal dia kena marah pulak. Hmmm.......
"Err puan , saya rasa dia tak bersalah. Sebab tadi saya jumpa dia dan masa tu saya nak mintak dia tunjukkan library dekat saya, sebab dia cakap dia nak pergi library tadi.So dari tadi dia berjalan dengan saya" terang aku dengan nafas yang agak takut takut. Yelah takut salah susun ayat.
"Ohh yeke, saya ingat kamu Ammar. Maafkan saya tuduh awak bukan bukan. Ohh lagi satu Arinna ni pelajar baru. Jadi tolong tunjukkan sekitar kawasan ni dekat dia. Jangan sesekali mengambil kesempatan"ujar Puan Shiera. Tak jadi marahnya buat si Ammar. Dia menghubungi suaminya meminta untuk menjemputnya pulang. Oleh sebab keretanya pancit. Jadi terpaksa tunggu suami nya.
"Baik puan. Saya akan membantu apa yang saya tahu" ujar Ammar
Kami pergi dulu ye Puan , pinta aku kepada Puan Shiera.
"Awak terima kasih ! Sebab awak dah tolong saya tadi. Kalau takda awak silap haribulan mesti saya dah kena gantung ke apa ke." ujar lelaki itu.
"Saya takda niat nak tolong awak tadi. Saya kesian je. Lagipun salah saya langgar awak tadi. Dah lah saya nak balik. Tepi sikit boleh."malas nak melayan dia.
"Ehh awak saya nak kita berkawan boleh ? Awak , kejap!! Awak ada tertinggal buku ni" laung lelaki itu.
Tapi sayang, aku sudah mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Tapi suara dia masih sayup sayup kedengaran melaung nama aku. Dah gila agaknya. Fikir aku.
Sebaik sahaja selesai aku membersihkan diri , aku teringat akan buku nota aku. Yelah malam nanti ada perbincangan dengan Jannah. Aku kena cari buku tu. Dah lah banyak nota dalam tu. Mana aku letak. Hampir satu jam mencari aku masih tidak menemui buku itu. Ahh mana ya, kenapa tidak ada. Atau aku tercicir?
Malas memikirkan soal itu, tiba tiba teringin makan coklat. Stresss !! Untung saja aku bukak peti ais masih ada kit kat. Lalu aku ambil sepeket dan membawa nya ke dalam bilik. Ada tugasan yang harus aku selesaikan. Sambil makan kitkan pon best. Sedang asyik makan , tiba tiba memori aku kembali ke zaman sekolah aku.
"Hello Rifq. Aku stress wehh. Nak balik rumah. Aku dah homesick ni."suaraku yang sedikit bergetar. Aku mengadu kepada Rifq melalui telefon. Oleh sebab kami bersekolah asrama sains yang terletak di Perak. Aku segan nak bertemu muka dengan Rifq di sekolah jadi telefon lah sebagai alat komunikasi kami.Kerana di sekolah ini peraturan agak ketat. Mujur telefon di benarkan di bawa oleh pelajar.
"Kau ni kan Mira , asyik homesick je. Tak malu ke dengan junior tu hah. Apa kau dapat dengan menangis. Kau bagi tahu aku pon aku boleh tolong apa hah? jawab Rifq. Pening melayan kerenah Amira yang manja terlebih. Tapi nak buat macam mana dia perempuan. Jiwa nya mudah tersentuh pulak tu.
"Kau ni. Dah aku cakap aku stress kan. Aku perlukan kawan lah nak cerita. Aku tak suka ah maktab ni. Sekolah kita dulu lagi best. Rules pon tak ketat macam ni" balas aku. Ahh Rifq bukan tahu bagaimana seksa homesick ini.
"Kau ni manja sangat lah Raa, try strong sikit. Dua tahun je pon. Nanti prep malam aku bagi kau coklat. Boleh kau hilangkan stress kau tu" pujuk Rifqin.
"Haa aku tahu kau sayang aku kan kan. Hmm alang alang tu aku nak kit kat , sneakers. Boleh taak ? pinta aku kepada Rifqin.
"Yelah yelah janji kau jangan sedih sedih lagi okay. Buruk lah muka kau tu nanti" sambil ketawa dia mengiakan kata katanya.
"Yeaaaah !!!!! Malam ni dapat coklat. Saya suka saya suka. Thanks tau Rifq. Hii dahlah aku nak mandi ni. Jangan lupa prep malam ni tau. Assalamualaikum." terus talian di matikan.
Malam itu aku menemui Jannah di libarary kerana kami ingin membincangkan assigment yang diberikan oleh Prof Harith mengenai subjek English.
Sedang asyik kami berbincang , aku menerima satu nota kecil dari seorang gadis baya baya aku. Pelik. Nota kecil itu buat aku. Tapi dari siapa ye ? Takkan Rizq kot ? Ke mamat landak ? Ahh takkan lah.
bersambung.......
Pen Off, Ain Omanah.
Owned by : Ain Omanah
Best View in Google Chrome