Simplification
It Was Begin Here :)
Follow Novel Ini ♥
Dashboard
Novel Novelist Buddies Lastly

Takdir Kita-Part 4
Friday, 10 May 2013 | 09:18 | 2 Komen? or Idea?

"Saya tunggu awak di rak buku Perniagaan sekarang. Harap awak dapat datang. Saya nak jumpa awak sekejap sahaja. Saya nak pinjam lima minit sahaja. Harap sudi ye"
Hamba Allah :)

Nota itu masih dalam tangan aku. Siapa dia. Kenapa perlu hantar nota pulak kalau nak jumpa aku. Kenapa tak datang jumpa aku sendiri. Mamat pengecut ! Getus aku.

"Hoih kak , berangan apa. Siapa yang bagi nota kat kau tu ?" tanya Jannah. Sejak sahabatnya mendapat nota. Duduk tak diam di buatnya. Entah apa yang merungsingkan fikirannya.

"Naaah !! Tengok ni , aku tak tahu sapa yang bagi. So kau rasa nak pergi ke tak ? Aku tak kenal lah Hamba Allah yang ni" 

"Aku rasa better kau pergi , entah entah ada pekara penting. Alah lagipun dia nak jumpa dekat dalam ni. Bukan kat luar pon" saran Jannah.

"Hmm selamat keh? Kalau orang jahat macam mana weh ?" tak logik aku rasa soalan aku. Tapi betul cakap Jannah baik aku pergi. Kalau tak , takdalah aku tertanya tanya.

Setelah lima minit nota kecil itu di tangan aku. Aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan Hamba Allah itu. Geram. Tak gentleman langsung lah dia ni.

Mana pulak dia ni. Kata dekat rak buku perniagaan. Takda orang pun. Sabar jelah kata nak jumpa aku , alih-alih aku keseorangan di sini. Haih mana ni.

"Hai lama ke tunggu. Maaf saya ingat awak tak sudi datang" sapa lelaki itu.

Saat aku mendengar suara itu hampir gugur jantung aku. Mana taknya salam takda, tetiba ada suara dari belakang. Weeehh !! Mamat landak lah Arinna. Dia nak apa ?' monolog aku.

"Ehh awak ke yang nak jumpa saya? Mana salam nya ? Kalau saya ada penyakit jantung boleh arwah saya." protes aku dengan tindakan mamat landak.

"Ehh maafkan saya. Sorry awak. Saya cuma nak minta maaf dekat awak sebab marah marah awak dua hari lepas.Dan saya rasa saya terhutang budi dekat awak sebab back up saya depan Puan Shiera semalam."berjela hujahnya mamat landak ni.

"Ehh mamat landak ! Awak panggil saya sebab nak mintak maaf je ? Buang masa saya jelah datang sini. Saya masih banyak benda nak siapkan. Setakat mamat landak macam awak ni , tak patut saya layan. " Geram aku! Ada ke dia cakap jumpa aku sebab nak mintak maaf je. Please lah !

"Ehh awak panggil saya apa ? Mamat Landak ? Waa ni sudah lebih ni. Kita nak berbaik dengan dia , dia bahan bahan kita. Okay niat saya memang nak jumpa awak sebab nak mintak maaf and pulangkan buku ni. Tak sangka saya kena sembur pulak." nada suara yang pada mulanya bengang bertukar menjadi rajuk.

"Ehhh , tu bukan buku nota saya ke ? Awak ni teruk ! Saya macam orang gila cari buku tu. Sedap rasa je baru nak pulangkan. Bak sini buku tuh." dengus aku dengan kasar. Buku nota itu lah yang dia tercari cari. Alangkah terkejutnya ada dekat si mamat landak pulak.

"Ehh nak amik lah,! Saya ni memang nak bagi buku ni dekat awak. Takda langsung impian atau cita cita nak simpan buku awak. Dasar minah belagak. Aku tak hadap lah nak kawan dengan kau sangat." Getus Ammar. Ehh asal aku cakap macam tu ? Aku kan memang nak kawan dengan dia.

Lantas aku menarik buku yang masih ada di tangan mamat landak itu. Tunggu kau. Bisik aku dalam hati.

"Sombong nya minah ni. Terima kasih langsung tak ucap. Kerek je. Tapi takpa Ammar , aku dah mula langkah pertama dalam buku dia. Harap harap dia perasan lah ye.

Apasal aku buat macam tu dekat si Landak ni eyhh. Bukan ke dia dah tolong aku simpan kan buku nota aku. Ehh entah entah dia memang saja amik dari aku sebab nak jumpa aku. Boleh jadi. Monolog aku sendirian.

Sedang aku membelek belek buku nota yang baru aku dapat tadi. Terasa ingin menambah sedikit nota untuk rujukan aku kelak. Ehh ada sticky note siapa nih. Hmm tak pernah putus asa betul mamat landak ni.

"Hai si gadis. Saya minta maaf atas kejadian yang berlaku antara kita. Harap awak sudi maafkan saya yeh. Saya nak berkawan dengan awak boleh tak agak agak ? Nama saya Ammar Zulfairi . Kalau awak berminat ni no telefon saya 0171271995. Harap awak hubungi saya"
Salam Perkenalan , Ammar Zulfairi.

"Gadis dia panggil aku? Hmm macam nak call je minta maaf sebab marahkan dia. Ahh , dia kan dah malu kan kau Arrina. Aku nak ikot rentak kau main game ni Ammar. Aku nak tengok sejauh mana usaha kau untuk berkawan dengan aku" entah macam mana hati aku seolah olah berkata aku harus uji sejauh mana usaha Ammar untuk berkawan dengan aku.

Ammar Zulfairi ! Malam itu tidur aku di ganggu oleh bayangan Ammar.

Usai solat subuh aku berniat hendak menyambung semula tidur aku yang sudah lama aku tak gantikan. Tapi niat aku terpaksa di batalkan apabila Samsung Galaxy Y aku berdering meminta untuk di angkat. Tekejut aku melihat nama yang tertera di telefon aku. Rayqal Rizqin. Nak apa mamat ni call aku pagi pagi ? Daripada aku menjadikan ia persoalan lebih baik aku angkat.

"Assalamualaikum Rizq , ada apa ye ?" tanya aku

"Waalaikumusalam Amira.Ni Rizq nak tanya Mira dengan kawan kawan Mira free tak harini "

"Kami tak buat apa apa pon . Lagipun sampai hari isnin ni kami takda kelas. So duduk hostel jelah.Kenapa Rizq?" Aneh ! Tiba tiba tanya free ke tak.

"Ohh baguslah macam tu. Ni hah Rizq nak ajak korang join campaign dekat Janda Baik. Hari ni sampai Isnin. Banyak aktiviti yang menarik. Lagipun ini aktiviti pihak universiti. Jomlah join." ajak Rizqin

"Macam menarik , takpa nanti saya tanya Atin dengan Alia dulu. So pukul berapa nak bertolak ni ? And boleh ke kami join last minit ni ? " sedikit teruja. Dah lama tak bercampaign.

"Ehh kami nak bergerak dalam pukul 10 pagi. Dah kalau Mira tak boleh join takdalah saya ajak. Semalam Kak Sal bagi tahu yang kami kekurangan orang nak pergi kem. Tu yang saya teringat awak bertiga. " terang Rizqin.

"Nanti saya bagi tahu awak okay." lalu talian di matikan.

Akhirnya Alia dan Atin juga bersetuju untuk ke Janda Baik. Haa lama jugak aku rasa tak bercampaign. Lastnya masa tingkatan lima. Alaaah takdalah lama sangat. Segala keperluan telah kami siapkan. Kata Rizqin kami hanya perlu membawa keperluan peribadi. Kerana barangan lain semua sudah ada.Tak sangka masih ada kawan yang baik. Rizqin benar benar membuat aku teringat kan Rifqin.Ahh apa khabar kau di sana agaknya.

Sebaik sahaja kami tiba di hadapan asrama aku melihat sambutan campaign ini boleh tahan ramai. Menurut Rizqin ini anjuran kelab persatuan Uitm. Mungkin kami masih baru jadi makluman mengenai kem ini kami taktahu. Bas yang membawa kami hanya dua bua sahaja yang terlibat.

Sewaktu dalam perjalanan , Alia duduk bersebelahan dengan Atin. Manakala aku mempunyai sahabat baru Puteri. Kalau aku tahu awal awal pasti aku ajak Jannah. Tapi Puteri ni peramah orangnya. Banyak juga aktiviti kokorikulum yang sering di jalankan oleh mahasiswa di luar kawasan Uitm yang di kongsikan oleh Puteri.

Perjalanan yang hanya memakan masa selama dua jam tidak membuatkan aku berasa mengantuk. Lagi pula aku jarang naik kenderaan lalu tertidur. Entah aku lebih suka memerhatikan suasana persekitaran. Lagi lagi kawasan kampung.

Abang Anas selaku Ketua yang mengetuai campaign kami. Sebaik sahaja kami sampai. Abang Anas memberikan arahan dengan mengagihkan beberapa kumpulan untuk mendirikan khemah , mencari kayu api , mencari kawasan yang sesuai serta mengangkat barang. Aku di letakkan di dalam kumpulan yang ada Rizqin , Abang Kasah dan Kak Hanis. Setiap kumpulan wajib ada dua senior dan dua junior. Katanya untuk mengertakan hubungan. Dan kumpulan aku di kehendaki mencari kayu api.

"Arrin kau dapat group dengan Rizq ehh ? Siapa kau punya Fessi hah ?" tanya Atin.

"Haaah dengan Rizq. Aku punya Fessi Abang Kasah . Kau dapat sama dengan Alia kan? Tak aci lah macam tu."

"Haaah sama.Tak best lah kita tiga tak sama. Ehh aku dengar Abang Anas cakap tadi aktiviti malam ni best. Jungle tracking" jawab Alia.

"Kau biar betul Alia . Jungle tracking tengah malam ? Bestnya. Tak sabar aku rasa."

"Haha memang lah best Arrin oi. Ehh aku nak tanya soalan dekat kau ni ?" tanya Alia.

"Rizqin tu suka kau ke? Rapat semacam je dengan kau. Aku risau lah tengok kau Arrina. Yelah aku takut kau hidup dalam bayang bayang. Dia Rizqin bukan  Rifqin. Aku tahu perangai dia macam Rifq, sebab dia caring pasal kau kan?" Akhirnya Alia berasa lega kerana persoalan itu telah dia tanyakan kepada tuan empunya badan.

"Hmm ye muka dia macam Rifq. Aku tak nafikan pon. Tapi setakat ni aku anggap Rizq macam kawan. Dia pon biasa biasa je dengan aku. Kau ni Alia jangan mengarut lah." jelas aku. Ya walaupun muka dia ada iras Rifq tapi aku masih dapat bezakan mereka. Dari renungan mata dia aku tahu Rifq takda dalam diri dia.

Sementara menunggu malam , mereka menikmati air terjun yang terletak berhampiran dengan tapak perkhemahan mereka. Dah lama agaknya aku tidak mandi sungai. Seingat aku sebelum aku masuk Mrsm. Air sungai yang dingin membantu aku menengkan otak yang kadang stress dengan belajar.

"Hei Mira dah taknak berendam dalam sungai dah ke ?" sapa Rizqin.

"Err rehat dulu. Sejuk sangat dah tak tahan dah. Lagipun seronok tengok kawan kawan happy boleh tumpang happy." Jawab aku terus terang.

"Ohh ehh , kejap ye abang Kasah panggil Rizq tu. "

Hm wahai hati jangan jatuh hati pada dia ye, jangan mainkan perasaan dia hanya kerana wajahnya mirip Rifqin. Bisik aku dalam hati.

Sebaik sahaja aku hendak bangun dari kawasan yang aku duduk untuk kembali ke tapak perkhemahan entah macam mana kaki aku boleh tersadung dengan akar pokok yang agak besar. Ya Allah mujur jelah aku tak jatuh kerana ada yang menyambut aku. Ehh siapa sambut aku ni ?

"Awak tak apa apa ke ?" suara lelaki itu kedengaran.

Sebaik sahaja aku melihat wajah lelaki itu , kami berdua seakan akan terkejut. Lalu dia melepaskan aku. Gedebuk !! Jatuh aku. Kurang asam punya mamat . Ada ke dia lepas aku.

"Ehh awak saya minta maaf. Tak sengaja. Awak tu buat muka macam nampak tenuk. Tu yang saya lepas kan awak tu."

"Ehh landak. Awak panggil saya Tenuk ? Hamboih sedapnya bahasa. Awak buat apa kat sini. Awak takda kerja dah ikot saya sampai ke sini?" geram aku . Mamat landak ni lah yang selamatkan aku tapi lepaskan aku. Dahlah panggil aku tenuk.

"Ehh ada eh saya cakap awak tenuk.Alah tersasul la tu. Maafkan saya."

"Ehh Ammar kau buat apa dekat sini? Mira awak kenal dengan Ammar?" tanya Rizqin yang baru sahaja muncul.

"Ehh tak baru je kenal." jawab aku basi basi.

"Kalau awak nak tahu Mira , Ammar ni salah seorang urus setia program perkhemahan ni. So kalau ada apa apa masalah awak boleh rujuk dia jugak."

Gulp. Urus setia. Aduh mati kau Arrina tadi mulut aku gatal bebenor marah si Ammar sebab ikot aku. Hah nampak sangat kau yang ikot dia. Bukan dia ikot kau. Ehh aku ikot Rizq bukan dia.

"Amira Amira... Awak okay tak ni ?" tanya Rizqin.

"Ehh saya okay , takda apa apa."

"Awak boleh lah pergi siap siap. Kejap lagi solat maghrib dan isyak berjemaah. Lepastu ada aktiviti berbeku sikit. Malam karang ada jungle tracking. Jumpa malam nanti eh" beritahu Rizqin.

"Ehh dengar tak , saya urus setia dekat sini.So awak tu yang ikot saya okay. Lain kali sebelum cakap fikir dulu ye cik kak." balas Ammar

Amik kau Arrin, kan dah kena balik. Alaah malas aku layan mamat ni.Aku mula mengaturkan langkah aku menuju ke arah tapak khemah . Aku perlu mempersiapkan diri untuk solat maghrib yang akan masuk sebentar nanti.

Setelah solat Isyak , aktiviti seterusnya ialah berbeku makanan mentah. Geram jugak aku apabila mamat landak tu asyik berdiri di hadapan tempat membakar sahaja. Geram aku. Pandang tak puas hati pulak tu.

"Ehh Arrin kau usha siapa tu ? Tak nak makan ke ?" tanya Atin.

"Mana ada aku usha sesiapa. Aku nak makan lah ni , tapi macam malas nak kesana. Kau nak pergi sana ke ? Tolong amik kan boleh tak ?" pinta aku kepada Atin.

"Hai Amira. Alia dengan Atin mana? Dari tadi saya tengok awak sorang je dekat sini. " tanya Rizqin.

"Ohh dioarang pergi amik makanan. Saya je tunggu diaorang dekat sini."jawab aku.

Sedang kami bersembang , tiba tiba si Mamat Landak ni datang. Haish menyibuk lah mamat ni. Dari senyuman yang di lemparkan ke arah aku agak sinis. Aduhh mamat ni dah kenapa.

"Ehh Rizq , aku nak kau kumpulkan semua orang before kita buat jungle tracking. Dah pukul 10 ni. Karang lari dari jadual pulak. " bicara Ammar.

"Ohh okay Ammar, tunggu diaorang habis makan lah dulu. Lepas tu kita gerak. " balas Rizqin. Aku hanya menjadi pemerhati dalam perbualan mereka. Ammar meninggalkan kami berdua. Dan dalam masa yang sama Alia dan Atin sudah membawa sedikit makanan untuk kami jamah sebelum memulakan perjalanan.

"Kau kenapa ni Ammar? Muka macam tak puas hati je ?" tanya Firdaus. Asal lah kawan aku sorang ni muka mencuka je.

"Aku geram tengok budak perempuan sebelah Rizq tu. Jual mahal betul. Aku nak minta maaf then nak kawan je dengan dia. Mak ai , sombong ya amat." terang Ammar.

"Ehh tu bukan perempuan yang buat hal dengan kau malam dinner tu ke ? Haih abang handsome kita dah jatuh hati lah Acap. Dah tangkap cintan wuuuu" usik Firdaus.

"Hahah tulah pasal dot. Tak tahan anak ikan bhai . Apa kata kau ikot style kita orang?" Asyraaf memberi idea.

Siapa tak kenal Ammar , Firdaus , Asyraaf dan Afif. Mereka sangat terkenal di Uitm. Mungkin antara lelaki yang pandai mengayat perempuan. Cuma Ammar. Ya Ammar tidak mempunyai cara yang sering di lakukan oleh kawan kawannya. Padahal dalam geng mereka terselah Ammar lah yang paling kacak . Tapi dia tidak tahu cara cara untuk memikat gadis.

"Haah Ammar , biar kami ajar macam mana kau nak tackle budak perempuan tu." sampuk Afif.

"Macam mana ?" tanya Ammar. Lalu mereka berempat membuat bulatan dan membincangkan rancangan yang akan mereka lakukan untuk membantu Ammar memikat budak perempuan itu. Sebaik sahaja selesai perbincangan mereka bergelak ketawa dan berharap rancangan itu menjadi.

Setelah selesai makan. Abang Anas mengarahkan bahawa peserta lelaki berjalan di hadapan manakala yang perempuan berjalan di belakang sambil di awasi oleh fessi fessi dari arah belakang.

"Ehh kita sure kan nak jalan dalam hutan malam malam ni. Aku takut lah korang, macam macam ada dalam hutan ni kan" ujar Alia yang sedang gelisah.

"Hoih mulut takda insuran apa kau ni, mak aku cakap kalau masuk hutan bagi salam dulu. Takut ada penunggu. Hah lagi satu mulut jangan lasser karang kau tahu apa dapat nanti." terang Atin.

"Hoih korang ni , dah senyap je. Lagi satu benda yang pelik pelik jangan gatal nak pegang ke nak tegur. Ingat! "pesan aku.

Akhirnya kami memulakan perjalanan , hmm Assalamualaikum penunggu hutan. Nek , cucu tumpang lalu. Bisik aku. Entah kerana takut barangkali , aku berjalan sambil mata aku memandang ke arah bawah membuatkan aku agak kebelakang. Aku lihat si Rizqin di hadapan bersama Alia dan Atin. Haih diaorang ni tinggal aku pulak dekat belakang ni.

Macam macam bunyi yang ada dalam hutan ni , meremang jugak bulu roma aku ini. Mana tahu ada binatang buas ke. Macam macam boleh jadi. Nasib lah ada Puteri di hadapan aku. Ada lah jugak kawan aku nak bersembang. Di pertengahan jalan aku , fessi yang jaga di bahagian belakang mulutnya bagi aku memang takda insuran ke apa. Ada ke dia cakap malam ni baru lepas malam jumaat mesti hantu keluar cari mangsa. Aku rasa macam nak baling je kasut aku ni.

Jalan yang agak becak jugak membuatkan keadaan semakin mencabar. Entah macam mana aku asyik terpijak kasut orang di belakang aku. Kasihan dia. Ingin aku menoleh untuk memohon maaf tapi keadaan yang gelap menyukarkan aku melihat wajahnya.

"Hati hati di hadapan ni ada sedikit curam. Pegang tangan orang di hadapan kamu pastikan semuanya selamat ye" tiba tiba kedengaran suara abang anas memberi arahan.

Saat tiba di curam itu , suara fessi di belakang aku meminta aku menghulurkan tangan untuk aku melepasi curam itu. Takut takut jugak aku , yelah dia kan lelaki. Mana pulak si Putreri ni. Haishh aku samar samar melihat wajahnya. Hanya nametag yang di gantung di lehernya aku dapat lihat. Firdaus ! Gulp. Lelaki lah , acana ni Arinna.

"Awak , cepat yang lain dah bergerak. Hulurkan tangan awak tu dekat saya , kalau tak awak jatuh. " ujar lelaki yang bernama Firdaus.

"Hmm awak pegang tangan saya berlapik tau , mak saya dah pesan dah. Jangan bersentuh dengan bukan mahram. Lagipun ni jalan licin." terang aku. Takut jugak sebab kasut aku ni macam tak boleh cengkam je tanah yang dah becak ni.

Sebaik sahaja aku ingin menuruni curam itu , entah macam mana licin barangkali , aku terus tergelongsor jatuh ke arah gaung  yang berada di sekitar itu. Aduh ! Sakitnya punggung aku. Ya Allah , aku dekat mana ni? Alamak macam mana aku boleh jatuh jauh dari diorang semua ni. Macam mana aku nak balik ni. Mujur gaung ini tak tinggi.

"Anas ! Kita kena cari ada sorang budak perempuan ni. Dia jatuh masa nak turun curam tadi. Aku tak sempat sambut tangan dia terus dia jatuh " ujar Firdaus. Sebenarya dia tidak perasan wajah perempuan di hadapannya itu.

"Err Abang Anas . Kawan kami Arrina takda pon dekat sini. " soal Atin.

"Awak biar betul , Amira takda. Bukan dia dekat belakang ke tadi? tanya Rizq dalam keadaan yang cemas.

"Hmm haah dekat belakang sikit dari kami. Aduh macam mana ni . Kita kena jugak cari Arrina. " Alia kelihatan cemas.

Abang Anas mengeluarkan arahan agar kami mencari Arrina . Kerana dia pasti Arrina jatuh di sekitar kawasan ini.Semua nya berpecah. Rizqin , Alia dan Atin dalam team yang sama. Manakala Ammar , Firdaus , Asyraaf dan Afif dalam kumpulan yang sama. Geram betul Ammar kerana si Firdaus tak menyambut tangan si Arrin, kalau tak mesti dia takkan hilang.

"Tolong.....tolong....tolonggg !!!! " Ahh percuma sahaja aku menjerit. Takda siapa yang dengar. Aku dah hampir putu asa untuk berjalan. Air mata laju sahaja menuruni membasahi pipi aku. Ya Allah kau selamatkan aku ya allah. Lindungi aku ya allah. Tak putus putus doaku kepada yang Maha Esa.

Sementara itu , Ammar seolah olah orang tak keruan mencari Arrina . Dia terlalu risau membuatkan dia berpecah dengan kumpulannya.  Entah kenapa dia berasa bersalah kerana tak membantu gadis itu menuruni curam tadi. Padahal dia hanya di belakang sahaja. Oleh sebab terlalu bengang dengan gadis yang asyik memijak kasutnya. Ammar bertindak untuk berada di belakang sekali. Tak di sangka yang gadis itu akan jatuh.

"Arrina....Arrina . Awak dekat mana ? Jangan buat kami macam ni." suara Ammar yang memanggil empunya nama.

Asal aku dengar suara macam mamat landak ehh. Jangan jangan memang dia entah.Ammar saya dekat sini , awak dekat mana." laung aku

Ya Allah itu kan suara Arrina. "Arrina awak dekat mana , saya dekat dengan pokok besar ni." jawab Ammar.

Selang lima minit , akhirnya Ammar menemui Arrina.

"Ya Allah nasib awak selamat Arrin. Semua orang risau cari awak tahu tak. Awak ni kenapa tak sambut tangan Pidot tadi. " tanya Ammar.

"Ehh awak ni nak marah saya dah kenapa. Mana lah saya tahu saya nak jatuh. Kalau saya tahu saya sambut lah tadi. " kerek betul mamat ni. Baru ingat dia ni caring jugak rupanya  poyo gila.

"Dah tak payah nak bising bising dekat sini. Semua tengah gelabah cari kau okay, dah jom balik" ajak Ammar.

Kau ni dah kenapa perempuan , tak boleh jalan dah ke ? Nak aku dukung ke tuan puteri ? tanya Ammar. Pelik kenapa perempuan tu tak ikot dia dari belakang. Haih nak hilang lagi ke ?

"Err kasut saya dah koyak masa saya jatuh tadi. So lambat sikit jalan. Saya takut ada pacat ke , ulat ke. Tu yang lambat" ujar aku sambil memandang kasut yang sudah tercabut tapaknya.

"Tulah tadi pijak lagi kasut saya, kan awak dah dapat balasan cash lagi" balas Ammar.

Eeeehhh !!! Mamat landak ni punya kasut ke tadi. Mak ai , malunya aku. Aduhhh macam mana leh terpijak kasut dia ni. Ehh dia ni dah kenapa bukak kasut ni. Kata kata itu hanya berkata kata dalam hati.

"Nah amik kasut aku ni , karang luka pulak kaki kau kalau pakai kaki ayam" hulur Ammar.

Ehh ehh dah kenapa dia ni romantik pulak malam malam ni. Dalam hutan pulak tu.Haishh Arrina jangan cairkan hatimu.

"Ehh landak. Takyah tunjuk baiklah bagi saya pinjam kasut.Saya tak heran pon dengan kasut awak, saya boleh je kaki ayam" balas aku. Walaupun aku geli , tapi aku takkan terhutang budi dengan mamat ni.

"Ohhh jual mahal . Taknak takpa , saya tak kesah pon. Sikit pon tak rugi okay."

Sedang dalam perjalanan , entah kenapa aku rasa aku terpijak sesuatu yang geli geli sahaja rasanya.

"Eeeeee mama !!! Apa benda ni geli geli ni." jerit aku.

"Hoih , awak ni bising apa. Tahu tak kita dalam hutan ni, menjerit pulak."

"Awaaak tolong saya , ada benda geli lah dekat kaki saya ni" merayu aku seakan mahu menangis.

"Mana ? Aaaaawwaaaaakkkkk.......... ka kak kaka.....katak !!! Awaaaak saya takut kaataaaak lahh" terluah jugak isi hatinya.

"Hek landak tak padan dengan lelaki macho takut katak. Hih buat malu jelah. Cepat lah tolong saya ni , saya geli lah" tak sangka yang Ammar takut katak.

Dengan berani nya Ammar membalingkan kasutnya ke arah katak yang berada berhampiran dengan Arrina. Huh lega ! Akhirnya katak itu pergi. Dan kasut itu dia biarakan sahaja. Katanya dah ada kesan katak. Dia geli. Lucu jelah. Muka handsome tapi takut katak.

"Arrin , saya rasa kita dah sesat. Macam makin jauh je ni.Awak larat lagi tak nak jalan ni ?" tanya Ammar.

Aku hanya mampu menggelengkan sahaja. Sungguh aku penat sangat.Seolah olah mahu pitam.

"Awak naik belakang saya , biar saya kendong awak dari belakang ehh, kita tak boleh berhenti. Saya risau kalau kalau ada katak lagi ke?"

"Naik belakang awak ? Saya ni berat lah awak takpa saya larat lagi jalan." tipu aku. Aku memang tak larat.

"Awak ni memang degil kan , naik jelah susah sangat " marah Ammar. Dalam dia berbicara dia merendahkan dirinya supaya aku bisa naik ke atasnya.

"Hmm kan senang. Dahh duduk diam jee."

Dalam perjalanan itu , mata aku beberapa kali tersengguk di atas bahunya . " Ehh sedapnya dia tidur. Alah Ammar tadi kau yang offer , nak membebel pulak" bisik hati Ammar.

Sebaik sahaja mata aku terbukak , mata aku tertancap pada sesuatu benda yang bergerak. Jangan jangan hantu. Ehh takan hantu.

"Ammar saya nampak ada benda bergerak sebalik pokok tu. " bisik aku ke telinga Ammar.

Ammar dan aku sama sama memerhatikan pokok itu. Ya memang ia bergerak.... apakah itu ? Tanya Ammar. Dan benda itu seolah olah mengahmpiri kami. Aku hanya memejamkan mata . Takut. Gulp !!! telan air liur aku apabila mendengar bunyi ngauman harimau. Tapi apakah benda bergerak itu.

bersambung........

Pen Off , Ain Omanah.



Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Ain Omanah
Best View in Google Chrome