Simplification
It Was Begin Here :)
Follow Novel Ini ♥
Dashboard
Novel Novelist Buddies Lastly

Takdir Kita-Part 1
Sunday, 5 May 2013 | 09:11 | 0 Komen? or Idea?

"Hello, Rinn you dah siap ke ? I kat bawah dah ni ?" tanya Ammar Zulfairi. Lelaki yang semakin rapat dengan Qarinna Amira.

"Oh hai, eh you dah sampai ke? Err sekejap ye I tengah nak siap ni. Kejap lagi I turun okay " jawab Qarrina Amira. Dengan pantas dia membelek belek dirinya di hadapan cermin. Cantik ! Terkeluar kata itu dari mulutnya. Entah ada apa malam ini pon dia tidak tahu kerana sebaik sahaja balik dari hospital tadi Ammar memaklumkan bahawa malam ini dia ingin mengajak pergi makan malam. Katanya istimewa. Ahh Ammar ada ada sahaja.

"Ehh Lia kau tengok kawan kita ni , bukan main melawa malam ni. Nak berdating lah tu kan ? " Tanya Fatin Shahirah yang merupakan kawan rapat dengan aku. Kami berkawan rapat semenjak di zaman sekolah lagi.

"Alah Atin , orang tengah hangat bercinta ni jangan di kacau. Tengah berada di awan awangan kan. Semuanya indah , ahh bahagianya dia "tambah Alia yang merupakan kawan rapat aku jugak. Kami bertiga berkawan rapat sejak di bangku sekolah menengah dan membuat keputusan untuk menetap di Gombak ini sebagai tempat kami  mencari rezeki alang alang  tempat kerja pun berhampiran kawasan ini.

"Korang berdua ni kalau tak kacau aku tak sah ke ? Aku nak keluar makan dengan Ammar. Haa ada suprise katanya. Ehh aku dah lambat ni , nanti kunci jelah pintu. Aku bawak kunci so korang takpayah tunggu ye. Aku pergi dulu bye."jawab aku sambil menyarung kasut flated yang berwarna terqoise.

"Hmm yelah , jangan balik lambat sangat tau. Esok pagi cerita dekat kami okay. Have fun take care yourself okay "pesan Atin.

Aku hanya menganguk. Aku melangkah menuju ke kereta Honda Civic berwarna hitam  milik Ammar yang sudah setia menati di hadapan rumah aku yang terletak di Bukit Permata , Taman Seri Gombak.Malam ini aku mengenakan dress labuh berwarna blue terqoise yang hanya simple dan tudung bawal yang sama warnanya cuma dihiasi sedikit manik.

"Assalamualaikum , lama ke you tunggu ?" ujarku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. 

"Ehh tak lama pun, err you nampak cantik malam ni Rinn. I macam tengok bidadari sahaja depan I ni. Really beautiful my dear" ujar Ammar dari lirik matanya aku tahu dia agak terpegun melihat aku.

Ammar ni dah kenapa ? Duk tenung macam nak makan aku , seram eyhh. Nasib lah muka kau handsome. So sedap juga mata memandang, haa muka Ammar ni cute sebenarnya ala ala muka penanyi kumpulan Forteen tu Izzue Islam. Putih suci je macam takda jerawat.

"Ha dah tak payah nak merepek kat sini ye wahai Ammar Zulfairi. So kita nak pergi mana ni ? Excited tau I nak tahu."

"Adalah rahsia , you sabar je okay. I sure you mesti suka punya." Dia cukup yakin wanita di sebelah nya pasti akan suka. Dia sudah plan malam ini dia ingin melamar wanita ini. Segala galanya telah dia persiapakan tadi.

Arrin melihat Ammar membelokkan keretanya menuju ke Hotel Mines Beach Resort. Ehh dia ni nak makan kat Hotel ke ? Kenapa tak cakap, aku ni dahlah tak biasa makan dekat hotel. Gumam Arrin.

"Okay Arrina kita dah sampai. So let's go. Jom turun, I ada suprise untuk you."Ammar telah memberhentikan keretanya di hadapan hotel dan melangakah keluar untuk membuka pintu untuk Arrina.

Entah kenapa dada aku ni berombak , berdebar. Handsome jugak Ammar ni walaupun dia hanya mengenakan Tshirt Polo warna  merah bersama Jeans dari Levis menyerlahkan ketampanan wajahnya bersama cermin mata hitam. Ohh boleh cair semua gadis yang melihatnya.

"Cik Qarrina Amira , awak tak nak turun ke sayang ?"

Amik kau Arrin , kan dah kena sebiji mengelamun lagi dok tengok muka dia tu apahal. Please jangan cakap kau dah jatuh hati wahai Qarrina oi.

"Err dah sampai ke ? Kita nak makan dekat sini ke Ammar? Tak mahal ke ? Takpayah membazir boleh tak ?"banyak betul persoalan yang aku ujarkan kepada Ammar, amik kau. Nak cover malu je sebenarnya.

"Ehh awak ni boleh diam tak ? Ikot jelah. Lagipun saya yang ajak awak datang sini , so saya lah yang bayar. Lagipun bukannya selalu. Awak ni membebel jeh. Jom lah kita dah lambat ni."geram pulak Ammar dengan wanita ini. Banyak betul persoalannya.

Haish tanya pun salah ke, aku cakap betul apa. Buat apa lah membazir duit makan kat tempat mahal macam ini, lebih baik simpan duit pergi makan mamak lagi  bagus. 

Aku hanya mengekori Ammar dari belakang , Ammar pulak seakan akan memperlahankan langkahnya. Mungkin  dia mahu aku menyertainya sekali.

"Arrin , I mintak maaf okay. I bukan nak marah you tanya. Kan I cakap I ada suprise untuk you, malam ni dinner kita special sikit. Thats why i bawak you datang sini. Sorry yee" pinta Ammar dengan  wajah yang penuh simpati.

"Hmm yelah yelah mana ada I marah you. Over lah you ni."basi basi aku menjawabnya.

Kaki aku seakan akan kaku melihat suasana makan malam yang di tempah khas oleh Ammar buat dinner kami malam ini. Cantik getus hati aku. Romantik jugak dia ni.

Ammar memilih kawasan yang berhadapan dengan pantai , suasana yang cukup tenang dan mendamaikan membuatkan ia nya sangat romantis dengan angin sepoi sepoi bahasa serta sedikit irama lagu. Memang sesuai untuk pasangan yang hangat bercinta menikmati makan malam di sini. Ehh aku dengan Ammar mana ada bercinta? Tapi kenapa dia ajak aku dinner dekat sini.

Seorang pelayan menghampiri mereka dengan membawa dua menu. Satu diberikan kepada Ammar satu diberikan kepada aku. Mak ai , aku ni dahlah tak reti makan makanan mahal macam ni.Nama bukan main belit belit nak menyebut.

"So Arrin , I ingat nak ajak you makan japanese food. Okay tak ? Ke you nak makan benda lain?"tanya Ammar.

"Err I tak kisah. I ikot je apa yang you makan, jepun pon jepun lah. Tekak ni kena jugak selalu tukar tukar selera kan kan ? selamber je aku cakap. Padahal aku taktahu langsung tentang makanan jepun. Mati lah , tibai jelah nak oder apa.

"Okay I nak Yakisoba air I nak watermellon juice please. So you Arrin nak apa ?

"Haa i , I nak eerrrrr kejap yeeee Nyumen , haaa yang tulah pastu Orange juice okay." hmm entah apa menu pon aku taktahu pakai hentam je ni, jangan kau tak makan dah lah Arrina oi.

"So Arrina awak suka tempat ni tak ? Sorry tau kalau awak tak suka. Saya suka tempat ni,  menenangkan  jiwa saya."Ammar menyatakan peraasannya yang amat kagum dengan keindahan pantai di hadapan mereka.

"Ehh mana ada , saya suka. Cantik lagi lagi suasana malam macam ni kan. Cuma saya  tak biasa makan dekat hotel." luah aku hah amik kau. Aku ni bukan nya kaya mana nak makan hotel bagai.

Makanan yang di pesan baru sahaja sampai , aku hanya memadang sahaja makanan yang aku pesan tadi.
Lahai ni ke Nyumen , hmm nak taknak kena jugak makan. Macam mee je pon rupanya. Telan jelah, kesian pulak Ammar karang.

Sedang makanan itu dihidangkan dengan berhati hati oleh pelayan perempuan itu tiba tiba kedengaran lagu Bruno Mars Marry You di mainkan . Pada pendapat aku , pasti ada pasangan yang sedang melakukan purpose yang romantik sebab ada lagu ni. 

Sedang pelayan itu meletakkan hidangan air bagi kami , tiba tiba Ammar melutut ke arah pelayan perempuan tersebut sambil mengeluarkan cincin sambil berkata "Qarrina Amira Alias sudi tak awak menjadi yang halal buat saya " bersungguh suara Ammar Zulfairi meluahkan isi hati nya.

Aku rasa nak pecah perut aku melihat kelakuan Ammar , apa tak nya sebut nama aku . Tapi kotak cincin yang masih belum terbuka di suakan ke arah pelayan tersebut. Lahai Ammar nak melamar ke ? Aduhh asal jantung ni berdebar laju betul ni.

Dengan keadaan melutut sambil memandang ke bawah , pelayan tersebut menegur Ammar "Encik , saya bukan Qarrina Amira , nama saya Jannah. Abang dah salah orang ni." ujar pelayan itu.

Malu bukan kepalang lah buat Encik Ammar Zulfairi. Wajahnya sudah merona kemerah merahan. Malu mungkin. Mana mungkin takda perasaan malu , dia telah mempraktiskan cara untuk melamar Arrina tapi boleh tersalah orang. Apa kau ni Ammar. Mana nak letak muka doh !

"Ehh , I acah jelah dik , mana ada real pon. Ehh sorry Arrin I salah orang I nak cakap dekat you sebenarnya. Takpa kita try lagi sekali boleh."tanpa malu Ammar mengajukan soalan itu kepada aku.

Melihat keadaan sekeliling yang memerhatikan aku membuatkan aku malu seketika. Aduhh Ammar apahal kau romantik sangat ni. Bisik hati aku.

"Qarrina Amira Binti Alias. Sudikah awak menjadi yang halal buat saya?" dengan keadaan yang melutut sambil memegang kotak cincin si Ammar tiba tiba sahaja meminta aku untuk menjadi yang halal buatnya.

"Err Ammar , jangan buat saya macam ni. Bangun lah semua orang tengok kita kot. Malu lah. " merah dah muka aku. Hati dah berbunga dah sebenarnya.

"Saya tak akan bangun Arrina selagi awak tak cakap Ya saya sudi."seolah olah nekad dengan kata katanya.

"Apa awak ni , ugut ugut. Err okay okay saya terima awak.Tapi bagi saya jugak masa untuk fikirkan soal ini. Masih terlalu awal kot. Dah bangun lah Ammar takpayah lah romatis kat sini."taktahu mana nak letak muka ni.

"Okay okay saya bangun. Tapi bagi saya sarung dulu cincin ni ehh."

Ammar seolah olah terperanjat sebaik sahaja membuka kotak cincin itu kerana mendapati cincin tersebut tidak ada. Kemana hilang cincin ni takkan hilang kot.

"Ammar awak okay tak kenapa ni ?" pelik aku kenapa muka dia berkerut semacam.

"Err Arrin cincin takda. HILANG!!!! "Ammar aneh macam mana cincin itu boleh takda ni.

"Hilanggg? Awak biar betul. Takkan takda dalam bekas tu ?" tanya aku. Pelik cincin boleh hilang. 

Apalah nasib aku makan malam aku di lamar oleh seorang lelaki yang terlalu nervous sampai tersalah purpose dah tu cincin pulak hilang, haih Ammar Zulfairi oi.

bersambung...........
Pen Off , Ain Omanah.



Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Ain Omanah
Best View in Google Chrome