Simplification
It Was Begin Here :)
Follow Novel Ini ♥
Dashboard
Novel Novelist Buddies Lastly

Ujian adalah nikmat Allah
Saturday, 31 August 2013 | 22:00 | 0 Komen? or Idea?

Assalamualaikum . Bismillah harini takda mood sangat nak menulis. Lebih kepada pengisian ilmu. Mohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada yang tersalah terkurang dalam menyampaikan . Ini cuma perkongsian yang terlintas di hati.

Pernah kah kita tertanya tanya dalam diri ,
siapa yang memberi nikmat kepada aku.
Pernah tak kita terfikir , 
harini kita masih bernafas , kita masih boleh makan , berjalan dan tidur balik itu semua nikmat?
Pernah tak kita sedar semua nikmat ini datang dari Allah?
Pernah kita ucapkan Alhamdulillah pagi pagi sebaik sahaja bangun di atas nikmat mati sementara itu?
Pernahkan kita ingat semua itu ?

Andai Allah mecabut nyawa kita masa tu , sudah kah kita bersedia?
Dikala umur masa setengah jagung , kita dijmeput ikahi.
Sudah cukupkah bekalan kita di akhirat sana.
Seram sejuk bila ingat yang kita juga akan kesana.

Disaat mendengat kematian orang terdekat , 
tidak sedarkah kita yang kita akan jugak mengikuti jejak langkahnya ke alam sana.
Sudah bersedia kah kita bertemu pencipta kita?
Jawapan itu hanya diri sendiri yang boleh jawab.

Jangan kita fikir umur masih setengah jagung 
Allah tak boleh tarik nyawa kita .
Sebagai hamba kita perlu bersedia.
Perbaiki diri , lengkapkan dengan segala senjata untuk ke medan perang.
Bawa segala amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.

 Ya Rabb , 
Alhamdulillah kerana menyentuh tangkai hati ini ,
untuk menyedarkan diri yang serba kerdil di sisi Mu
Kealpaan dunia kadang kadang membuatkan diri ini lupa akan perjalanan di akhirat sana
Ya Allah.

Nikmat Mu tidak pernah kurang malah semakin bertambah
malah ujian yang Engkau turunkan kepada hamba hamaba Mu yang engkau pilih juga nikmat kepada meraka
kerana tak semua mendapat nikmat itu.

Cuma satu pinta ku , 
Kuat dan tabahkan aku menempuhi Ujian Mu buatku. 
Sesungguhnya aku percaya engkau pasti tidak akan menurunkan ujian kepada hambaMu yang tak mampu.

Nikmat kasih sayang dan perkenalan dalam sesebuah perhubungan juga antara anugerah terbesar dalam hidupku.
Alhamdulillah engkau mempertemukan aku dengan orang yang baik baik sejak kecik
Kawan kawan dan orang sekeliling yang mengajak aku , 
dalam mencari Cinta Mu Ilahi.
Mudah mudahakan kau merahmati persahabatan yang terjalin ini.

p/s : mohon maaf diatas kekurangan . Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang kurang datang dari diri Ain sendiri. Wasalam.

Pen Off , Ain Omanah.



Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Ain Omanah
Best View in Google Chrome